Ayuh Mengira Angin

Berdiri, melompat, berlari dan terbang meghirup udara segar

Sunday, August 2, 2009

Angin Duniawi Sedang Sibuk

Herman: Hello, sahabat! Sibuk macam Along kau. Along pun boleh main perempuan lagi

Farid: Hello. Aku sedang tidak keruan.

Herman: Bertenang. Aku boleh bagi bantuan pernafasan. Atau mahu aku hubungi Balqis?

Farid: H1N1 kau Herman. (Ketawa). Boleh juga. (Ketawa lagi).

Herman: Betul?

Farid: Aku sibuk betul ni. Nak korek hidung pun tak sempat.

Herman: Kecoh. Upah orang sahaja. Money can buy everything that can be bought.

Farid: Buang air liur bicara sama kau.

Herman: Siapa suruh buang. Telan.

Farid: Kenapa? Mengapa? Kau hubungi aku.

Herman: Aku kan bertimbang rasa. Khuatir akan kau. Diam. Hidup lagi rupanya.

Farid: (Ketawa).

Herman: Aku hubungi balik. Tadi aku makan katak. Sedap juga. Mahu cuba?

Farid: Kau mahu ke mana?

Herman: Bekerja. Aku mengantuk lalu aku hubungi kau. Mahu makan asap, di sini tidak dibenarkan.

Farid: OK. Selamat bekerja. Hari tu aku nampak kau di perpustakaan. Muka macam baru sunat. Tolong jangan buat muka macam tu lagi. Pondan pun muak untuk jatuh cinta.

Herman: Babi. (Ketawa deras).

... Terputus

2 comments:

  1. ohh.. entri ini sungguh lawak tapi bermakna

    ReplyDelete
  2. Oh, Diana. Ghazali tu nama ayah atau suami atau teman lelaki.

    Maknanya? Apa maknanya ya

    ReplyDelete