Ayuh Mengira Angin

Berdiri, melompat, berlari dan terbang meghirup udara segar

Wednesday, November 18, 2009

Fobia akan Islam




Gebrieel, malaikat yang menyamar menjadi manusia, jatuh terdampar di tepi pantai, dari sebuah kapal terbang menuju ke Britain dari India. Beliau di tangkap polis kerana disalah anggap sebagai seorang pendatang tanpa izin. Mahound, di rujuk sebagai seorang nabi, penyampai wahyu Tuhan. Namun si Mahound tiba-tiba meminta maaf, tersilap, menyebarkan wahyu yang kononnya dari Tuhan, namun tercetus dek rasukan syaitan. Satu lagi karakter, Ayesha, yang mengaku dirinya akan menerima wahyu dari Gebrieel. 

Secara ringkasnya, ini kisah-kisah di dalam Satanic Verses, karya Salman Rushdie. Unsur komik mungkin terasnya.


Beliau, seorang penulis beragama Islam, berbangsa India, kelahiran Mumbai, graduan Universiti Cambridge. Novel keempat beliau ini pencetus kepada satu titik, Islamophobia

Orang-orang Islam, di Britain membakar kedai-kedai buku yang menjual naskhah-naskhah buku ini. Salman sentuh isu sensitif Islam. Pihak media  menggunakan protest dan intolerant untuk merujuk kepada tindakan orang-orang Islam di sana. Seolah-olah agama Islam dan penganutnya begitu sempit, tidak berfikiran terbuka dan cepat melenting.  

Dan Salman, penulis terkemuka, menerima anugerah akan penulisan buku ini, dijatuhkan hukuman bunuh oleh ketua agama Iran, pada tahun 1989. Pihak berkuasa Britain kemudiannya melindungi beliau. Sehingga kini, aku kira dia masih hidup.


Kisah Salman mendapat liputan media meluas serata dunia, dikatakan permulaan kepada Islamophobia dan kini Islamophobia kian hebat diperkatakan selepas 9/11 attacks dan 7/7 London Bombings. Melonjak. 

Bancian dunia menunjukkan dalam empat orang, ada seorang Islam. Populasi agak besar, dan Islam makin digeruni. Bukan dipandang gah. Tapi ganas.  Kenapa, ya?


Saya seorang Islam, saya tak ganas.


Saya memahami, berfikiran terbuka juga. Bukan semua kami ganas.

Namun, orang-orang di luar sana, ada benda berkenaan agama kami yang tidak boleh dijadikan bahan jenaka. Kami hormati hak anda, dan kami pohon hak kami dihormati juga. 


Kalau cerita keluarga anda diperkotak katikan, dijadikan satu novel berunsur jenaka. Gembira kah anda? Mungkin ada yang suka, tapi bukan saya.





Saturday, November 7, 2009

OUT of your mind

Deep and thin
Imbalanced is immanent
Causes I-R-R-I-T-A-T-I-O-N!

I think it is thick
I am lost in a thicket
Air is thick in a thicket
It becomes thicker
Like using thickener into liquid
No!
Tickling, tickling, tickling,
My ticker grows fonder
Don't stop my tickle my ticker
I won't tick off you
I want to be a tickety-boo

I close the lids
I imagine the dream
I mumble myself
What is this sound?
Inconsistent rhythm?
Immanent!
My mind C-A-N-N-O-T work!

No tickling anymore
My ticker isn't satisfy
Stop tickling my heart
I want to tick over this
I ain't a tickety-boo
Because I can't stand this!

It is 3.00 A.M.
and I want to stop that damn tick-tock!